Air Mata Ini,
masih jatuh keranamu,
kerana merinduimu,
kerana menyayangimu.
Air Mata Ini,
masih jatuh mengenangkan memori bersama,
memori manis yg tidak akan ku lupakan,
sehingga ke akhir nafas ku ini.
Air Mata Ini
masih mengalir kerana mengharapkanmu,
walaupun engkau telah dimiliki,
kerana diri ini amat mencintaimu.
Air Mata Ini,
tetap akan mengalir untukmu,
walaupun air matamu tidak lagi mengalir untuk ku,
kerana diri ini amat menyayangimu.
Air Mata Ini,
masih tidak berhenti membasahi pipiku,
kerana engkau bahagia di samping si dia,
dan bukan di samping aku.
Air Mata Ini,
mengalir bukan kerana ingin melawan takdir,
tapi kerana aku amat mencintaimu,
dan aku akan terus mencintaimu sehingga ke akhir hayat ku..
No comments:
Post a Comment