AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
yang penuh dengan kemajuan,
yang manusia disajikan dengan kesenangan,
yang manusia hidup di dalam kesujukkan penghawa dingin yang selesa.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana manusia melaungkan hak-hak kemanusian,
dimana wanita mahukan hak yang sama rata dengan lelaki,
apa yang lelaki bisa lakukan mereka juga mahu bisa lakukan.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana kaum yg melakukan hubungan sejenis semakin berani,
menyuarakan hak mereka sebagai manusia,
untuk bercinta dan berkahwin dan berkeluarga.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana manusia yang melakukan kejahatan disanjung tinggi,
manusia yang melakukan kebaikan dihina dan ditindas,
disebabkan rasuah yg berleluasa.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana pemimpin berlaku zalim terhadap rakyatnya,
memimpin berpandukan undang-undang yang dicipta manusia,
bukan lagi berpandukan Al-Quran dan sunnah.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana tertubuhnya negara Islam,
tetapi syariat Islam tidak ditegakkan,
negara Islam hanya sekadar nama.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana ulama dipandang rendah,
artis dijulang-julang,
maksiat dibiarkan berleluasa.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
manusia leka dengan kesenangan,
sehingga terbit perasaan petingkan diri,
sikap tidak peduli terhadap saudaranya yang lain.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana sikap peduli dianggap sebagai penyibuk,
nasihat menasihati bukan lagi menjadi keutamaan,
mengumpat dan memfitnah menjadi perkara biasa.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana umat Islam membutakan mata,
memekakkan telinga dan membisukan suara,
tatkala saudara mereka dibunuh dengan kejamnya.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
umat Islam tidak lagi bersatu,
berpecah kerana berlainan pendapat,
bertegang urat kerana pemikiran yang bercanggah.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana umat Islam tidak lagi menghayati syahadahnya,
tidak lagi menghayati kandungan Al-Quran,
tidak lagi mahu mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w..
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
yang serangan datang bukan lagi dari segi fizikal,
tetapi dari segi pemikiran,
datang secara halus dan tanpa disedari.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
Islam yang sebenar semakin hilang,
yang ada hanyalah Islam yang telah dicampur aduk,
dengan budaya dan adat.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana Islam dituruti secara membuta tuli,
tidak disulami dengan ilmu,
tidak pula dihiasi dengan amal.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana air mata ini menitis melihat generasi muda,
yang telah terlalu hanyut dibuai nafsu,
seperti terlupa akan peranan sebenar hidup di dunia.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana aku menitiskan air mata
kerana aku merindui Rasulullah s.a.w.,
dan betapa aku merindui zaman semasa Islam menjadi cara hidup.
AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w.,
Islam datang dalam keadaan asing,
dan akan kembali asing maka beruntunglah orang-orang yang asing.