Sunday, December 4, 2011

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
yang penuh dengan kemajuan,
yang manusia disajikan dengan kesenangan,
yang manusia hidup di dalam kesujukkan penghawa dingin yang selesa.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana manusia melaungkan hak-hak kemanusian,
dimana wanita mahukan hak yang sama rata dengan lelaki,
apa yang lelaki bisa lakukan mereka juga mahu bisa lakukan.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana kaum yg melakukan hubungan sejenis semakin berani,
menyuarakan hak mereka sebagai manusia,
untuk bercinta dan berkahwin dan berkeluarga.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana manusia yang melakukan kejahatan disanjung tinggi,
manusia yang melakukan kebaikan dihina dan ditindas,
disebabkan rasuah yg berleluasa.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana pemimpin berlaku zalim terhadap rakyatnya,
memimpin berpandukan undang-undang yang dicipta manusia,
bukan lagi berpandukan Al-Quran dan sunnah.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana tertubuhnya negara Islam,
tetapi syariat Islam tidak ditegakkan,
negara Islam hanya sekadar nama.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana ulama dipandang rendah,
artis dijulang-julang,
maksiat dibiarkan berleluasa.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
manusia leka dengan kesenangan,
sehingga terbit perasaan petingkan diri,
sikap tidak peduli terhadap saudaranya yang lain.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana sikap peduli dianggap sebagai penyibuk,
nasihat menasihati bukan lagi menjadi keutamaan,
mengumpat dan memfitnah menjadi perkara biasa.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana umat Islam membutakan mata,
memekakkan telinga dan membisukan suara,
tatkala saudara mereka dibunuh dengan kejamnya.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
umat Islam tidak lagi bersatu,
berpecah kerana berlainan pendapat,
bertegang urat kerana pemikiran yang bercanggah.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana umat Islam tidak lagi menghayati syahadahnya,
tidak lagi menghayati kandungan Al-Quran,
tidak lagi mahu mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w..

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
yang serangan datang bukan lagi dari segi fizikal,
tetapi dari segi pemikiran,
datang secara halus dan tanpa disedari.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
Islam yang sebenar semakin hilang,
yang ada hanyalah Islam yang telah dicampur aduk,
dengan budaya dan adat.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana Islam dituruti secara membuta tuli,
tidak disulami dengan ilmu,
tidak pula dihiasi dengan amal.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana air mata ini menitis melihat generasi muda,
yang telah terlalu hanyut dibuai nafsu,
seperti terlupa akan peranan sebenar hidup di dunia.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
dimana aku menitiskan air mata
kerana aku merindui Rasulullah s.a.w.,
dan betapa aku merindui zaman semasa Islam menjadi cara hidup.

AKU SEDANG HIDUP DI ZAMAN,
yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w.,
Islam datang dalam keadaan asing,
dan akan kembali asing maka beruntunglah orang-orang yang asing.





Thursday, November 24, 2011

Air Mata Ini

Air Mata Ini,
masih jatuh keranamu,
kerana merinduimu,
kerana menyayangimu.

Air Mata Ini,
masih jatuh mengenangkan memori bersama,
memori manis yg tidak akan ku lupakan,
sehingga ke akhir nafas ku ini.

Air Mata Ini
masih mengalir kerana mengharapkanmu,
walaupun engkau telah dimiliki,
kerana diri ini amat mencintaimu.

Air Mata Ini,
tetap akan mengalir untukmu,
walaupun air matamu tidak lagi mengalir untuk ku,
kerana diri ini amat menyayangimu.

Air Mata Ini,
masih tidak berhenti membasahi pipiku,
kerana engkau bahagia di samping si dia,
dan bukan di samping aku.

Air Mata Ini,
mengalir bukan kerana ingin melawan takdir,
tapi kerana aku amat mencintaimu,
dan aku akan terus mencintaimu sehingga ke akhir hayat ku..

Sunday, November 6, 2011

AKU PERNAH MENYAYANGI.

AKU PERNAH MENYAYANGI,
seseorang yang bertubuh kecil,
seseorang yang tidak berapa tinggi,
tetapi dia masih comel di mataku.

AKU PERNAH MENYAYANGI,
seseorang yang menutup auratnya dengan sempurna,
tidak mempamerkan kecantikannya,
menyejukkan mata seseorang yang bergelar lelaki.

AKU PERNAH MENYAYANGI,
seseorang yang datang disaat aku sedang bersedih,
memberikan perhatian kepadaku,
bagaikan bulan yang menerangi kegelapan malam.

AKU PERNAH MENYAYANGI,
yang dahulunya hanya seorang kawan,
tidak terlintas difikiranku untuk mencintai,
tetapi hati ini seperti telah diambil olehnya.

AKU PERNAH MENYAYANGI,
kasarnya bersulamkan manja,
marahnya bersulamkan perhatian,
cemburunya bersulamkan kasih sayang.

AKU PERNAH MENYAYANGI,
disaat aku sangat menyayangi,
dia pergi meninggalkanku sendiri,
keseorangan sepi sendiri.

AKU PERNAH MENYAYANGI,
seseorang yang tidak dapat aku cari ganti,
walaupun aku mencari diseluruh dunia ini,
tidak akan pernah sama dengan dirinya.

AKU PERNAH MENYAYANGI,
seseorang yang tidak akan aku berhenti menyayangi,
walaupun dirinya sudah dimiliki oleh lelaki lain,
diri ini akan sentiasa menyayangi.

AKU PERNAH MENYAYANGI,
entah bila perasan ini akan hilang,
mungkin diri ini akan terus menyayangi,
sehingga diri ini menghembuskan nafas yang terakhir.


AKU PERNAH MENYAYANGI,
seseorang yang tidak mungkin aku memarahinya,
apatah lagi membenci dirinya,
walaupun dia melukakan hati aku sebanyak mana pun.


AKU PERNAH MENYAYANGI,
seseorang yang tidak mungkin menjadi milikku,
biarlah diri ini merana menanggung kesakitan,
asalkan dirinya bahagia di dunia dan akhirat.

AKU PERNAH MENYAYANGI,
seseorang yang kebahagiannya menjadi kegembiraaanku,
biarlah aku memerhati dari jauh,
bibir ini tidak akan lekang mengirim doa agar dirinya bahagia.








Saturday, November 5, 2011

Kitaran Hidup Seorang Manusia..(part 2)



Tp tidakkah manusia sedar yg hidup mereka bknlah seperti rama2 yg tidak akan disoal tentang perbuatan di padang mahsyar kelak.. walhal kita akan dipersoalkan tentang setiap perbuatan kita daripada lahir smpilah kita menghembuskan nafas yang terakhir...
Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. ( surah Ar-Ruum – ayat 8)

Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sesaat saja di siang hari (di waktu itu) mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk. (Surah Yunus: 45)


Kita semua akan dikumpulkan di padang Mahsyar untuk bertemu dan disoal oleh pencipta kita tentang apa yg kita telah perlakukan sepanjang berada di atas muka bumi.... setiap perkara yang kita lakukan tidak akan terelpas daripada disoal kelak...



Agak2nya apabila ditanya oleh Allah tentang apa yg kamu lakukan disepanjang hidup mu.. dengan jawapan.. "dulu time kat dunia sy habiskan masa sy untuk berseronok... stadi byk2... patu dapat keputusan yg cemerlang... patu saya dapat kerja... dapat byk duit... " kita boleh meraih syurga Allah atau tidak??



Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus: 7-8)

Mahukah kita dihumban ke dalam neraka?? siapa yang mahu dimasukkan ke dalam neraka... semua manusia yang waras mahu masuk ke dalam syurga... org yg bkan beragama Islam juga berkeinginan untuk memasuki syurga.... hal ini kerana azab neraka sangatlah dahsyat...

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat dimana Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam." Jawabnya: "Ya, ketika Allah menjadikan jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagian yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setangahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah s.w.t. sehingga bila telah sampai kepintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus kepantat, dan diikat tangan kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu digandeng dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya."


Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?" Jawabnya: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristien (Nasara) bernama Sa'ie."


Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w sehingga Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawab Jibril: "Didalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi Muhammad s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?" Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi Muhammad s.a.w masuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian masuk kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah s.w.t.


dahsyat kan seksa api neraka... Rasullullah yang bersifat maksum sendiri menangis apabila mendengar perkhabaran ini... kita?? yang banyak melakukan dosa... hmmm...


Manusia perlu sedar yg kehidupan di dunia adalah sementara...
sebagai tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke akhirat di mana mereka akan kekal buat selama-lamanya..

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (Surah al-'Ankabut: 64)

So, apa sebenarnya tugas manusia kat atas muka bumi ni.. (bersambung)

Kitaran Hidup Seorang Manusia..(part 1)



Sebelum kita meneroka lebih jauh lagi tentang perkara ini.. marilah kita meneliti kitaran hidup seekor rama-rama... Dari sebiji telur maka lahirlah seekor ulat beluncas yg kemudian menjadi pupa dan bertukar menjadi rama2... Tidak lama selepas itu.. rama2 akan mati meninggalkn dunia ini... Inilah kitaran hidup seekor rama2 yg mana akan dilalui oleh setiap serangga yg bernama rama2...


Marilah kita menyingkap senario sekarang bagaimana kitaran hidup seseorg yg bergelar manusia... 

Lahirnya di dunia ini sebagai seorang bayi yg cmel






Kemudian, dijaga elok oleh ibu bapanya... Diberikan kasih sayang oleh ibu bapa.. Setelah meningkat dewasa.. dihantar ke sekolah... Kemudian si anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan melanjutkan pelajaran di universiti... Mendapat perkerjaan, berkahwin, mendapat anak, mendapat cucu(kalau umurnya pjg), kemudian dia pergi meninggalkan dunia ini... Kemudian anaknya pula akan melakukan perkara yang sama kepada anak beliau... 




Rasa familiar dengan situasi ini?? Mungkin sesetengah kita melalui kitaran kehidupan seperti ini... Dan mungkin akan membawa anak2 mereka melalui kitaran kehidupan yang sama yang hidupnya sekadar dinilai dari keputusan peperiksaan... dapat kerja... dapat duit... boleh hidup.. sudah mencukupi... kemudian pergi dari dunia ini...


hidup yang seperti hidupnya seekor rama2... Melalui kitaran yg sama... Kitaran yg membosankan... (bersambung)